5 Tips Pemasaran Untuk Pemula Bisnes

5 Tips Pemasaran Untuk Pemula Bisnes

Baru nak mulakan bisnes? Nak jadikan bisnes kita dikenali orang dan akhirnya mendapat kepercayaan agak sukar jika tak dirancang dan dimulakan dengan betul. Di sini sedikit tip pemasaran untuk pemula bisnes:

1. Fahami Kekuatan/Kelemahan

Sebelum memberi servis atau menjual sesuatu, kita perlu faham dahulu apa yang akan kita beri kepada pengguna (Product Knowledge). Apabila kita kenalpasti dimana kekuatan dan kelemahan, baru dapat cari jalan untuk counter sebarang masalah, pertanyaan, dan tanggapan negatif pengguna. Dan gunakan kekuatan sebaik mungkin untuk membina keyakinan pengguna.

2. Kenali Target & Pesaing

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah kenalpasti dahulu target market yang paling sesuai dengan bisnes. Samada mengikut gender, umur, latarbelakang, pekerjaan dan sebagainya. Jadikan sespesifik mungkin supaya setiap leads yang akan dihasilkan amat berkualiti. Selepas itu baru boleh mula strategi pemasaran yang bersesuaian. Dan salah satu strategi ialah dengan melihat dan belajar dari pesaing terdekat. Lihat bagaimana mereka beroperasi, kaji dan buat checklist, dah kita tambahbaik untuk bisnes kita.

3. Optimize Website

Bagi yang ada website, pastikan maksimumkan potensi pelawat menggunakan SEO. Di bahagian Headline gunakan keyword yang paling kerap digunakan atau dicari oleh pengguna. Selain itu, pastikan UI web itu sangat mesra pengguna dan laju, sebab kita boleh hilang pelawat hanya kerana beberapa saat menunggu. Dan beri jalan yang paling mudah untuk pengguna menghubungi kita.

4. Hasilkan Konten Baharu

Sentiasa beri sesuatu yang baru kepada pelawat, cara paling mudah ialah melalui blog. Bina satu bahagian blog dalam website dan kongsikan apa sahaja info yang berkaitan bisnes. Pelbagaikan konten samada penulisan, infografik atau video, dan kongsikan ke media sosial setiap post yang dikeluarkan.

5. Media sosial

Bina hubungan dengan pengguna melalui sosial media. Sentiasa aktif dalam memberi sesuatu info dan perkongsian yang berguna. jangan terlalu hard selling, gunakan teknik 80% info, 20% produk. Yang penting bina trust dahulu. Dan optimize kan fungsi media sosial ini semaksimum mungkin terutama dalam membina follower dan sharing. Harap sedikit tips ini dapat memberi gambaran dan idea apa yang perlu dibuat untuk bisnes kita dikenali ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.