Get Ready For 2020 Sales Strategy

Get Ready For 2020 Sales Strategy

Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru 2020. Cabaran dalam berbisnes makin hebat dalam pelbagai aspek, tapi bersediakah anda? Jom set strategi jualan 2020 dari sekarang!

1.Seeding

Sumber gambar: Janio Asia

Dah tunjuk/war-warkan dahulu promosi jualan yang akan dilancarkan, sempena apa. Dibuat sebelum kempen promosi dilancarkan lagi. Spend besar disini. Bakal pelanggan akan get ready tunggu tarikh pelancaran. Malaysia kan banyak event dan perayaan khas seperti:
– Sempena New Year / Merdeka
– Sempena Raya / Chinese NY / Deepavali / Chrismas
– Cyber sales / Black Friday
– 1.1 / 2.2 / 3.3 /……..12.12
– Year End Sales

Semestinya masa ni, orang nak sesuatu yang tak dapat pada hari biasa. Biasanya mereka akan tertunggu tunggu benda ni.. Antaranya:
– Diskaun yang mereka dapat
– Freegift & Bonus
– Offer terbaru yang istimewa
– Kupon rebat
– Hadiah

Bergantung pada niche bisnes anda. Ada orang bagi freegift yang related dgn produk kita. Kalau jual pakaian sebagai contohnya, boleh bagi aksesori seperti shawl, or dll. Jika kita ada channel audiens bagus blast seeding ini:
– Channel Telegram (Unlimited Subscriber)
– Email subscriber
– Chatbot audiens
– Retargeting & Fans
-manual whatsapp

Kempen seeding ni bagus, kita bina siap ‘waiting-list’ dimana, mereka akan tunggu masa pelancaran dengan lebih cepat & efektif. Biasa saya pakai Email jerr, mereka daftar siap dalam email tu. Email boleh guna platform Sendinblue @ Mailerlite. Senang nak buat sebab ada fungsi drag n drop. Pada pelancaran nanti, sy blast & follow up pada mereka yang mendaftar di waiting list shj. Bagusnya email ni:
– boleh blast secara automatik ikut tarikh kita set
– Boleh set automatik untuk follow up fasa pemasaran seterusnya bagi tujuan follow up
– Boleh filter siap pada yang berminat, respon, open email, click, dll
– Notification keluar di phone pelanggan, selagi email tersebut telah di sign in dalam phone.

Alternatif lain, boleh guna chatbot. Guna Chatfuel, Manychat, or dll. Bagusnya chatbot ni:
– Chatbot boleh set sequence auto follow up
– Boleh set tarikh juga macam biasa
– Boleh juga buat special attribute utk waiting list

Diatas ini, tak perlu keluarkan kos untuk blast.. Namun ada bayaran bulanan.. jika nak lebih efektif, buat secara integrated. Email + Chatbot + Retargeting & Conversion ads. Dimana kesemua audiens dari pelbagai channel ni ditarik ke tempat yang sama iaitu, di kedai online kita di website.
Samada direct nak Addto cart di bahagian product page atau ke Web Jualan dulu baca info sampai habis dan baru buat pembelian.

Nak yang Free guna channel Telegram. dimana, waiting list boleh masuk dalam channel siap siap. Nanti kita lancarkan, semua akan dapat. Kebaikan? Unlimited subscriber & Free, Mudah nak digunakan. Kalau saiz audiens anda besar, brand kukuh, boleh setup siap fasa fasa pelancaran, setiap event, dan tarikh tertentu untuk setahun terus.

Jadi sistem chatbot & Email bekerja terus secara auto sampai tahunan.. Semestinya ia perlukan perancangan yang rapi dari segi.:
– Berapa kali event kita nak buat sepanjang tahun
– Berapa banyak tema nama event kita nak buat
– Apa kelainan offer di setiap event, agar pelanggan tak bosan dgn aktiviti sales yang sama
– Apa produk produk unik yang nak diketengahkan.

Hati hati nak launching sales yang bersifat diskaun semata.. yang bersifat pengurangan harga dari hari biasa.. Ia akan educate pelanggan menunggu tarikh ini sebab nak murah dari biasa. Sebaiknya anda kena tukar strategi. Tidak semestinya sales bersifat diskaun.. adakalanya anda boleh gunakan: Bonus lain dari yang lain, Hadiah utk yang bertuah lain dari yang lain, Buy 1, free somehing yang lain dari yang lain.

2.Launching

Disini kita buka/lancarkan jualan kita pada tarikh yang telah di beritahu di Kempen Seeding tadi. Bagitahu juga:
– Apa offer/diskaun yang kita bagi sempena XXX ni
– Apa bonus/freegift yang mereka dapat, limited
– Bila tarikh tutup offer ni

Masa ini, kita boleh jalankan pemasaran Fasa 2, iaitu target kesemua pelanggan pelanggan kita samada yang:
– Dah pernah ke website kita sebelum ni
– Dah lihat iklan seeding tadi
– Kepada fans & followers kita
– Kepada ‘waiting-list’ mereka yang daftar masa kempen seeding tadi.

Pada fasa launching ini sebaiknya anda kena tunjuk progress kepada bakal pelanggan anda, untuk create urgency & influence mereka untuk buat belian. Apa progress yang kita boleh update?
– Berapa stok dah terjual sekarang
– Berapa pelanggan dah membeli
– Berapa tinggal masa sebelum tamat
– Peringatan untuk mereka tentang progress diatas

Untuk player ecommerce, biasa benda ni dah set auto dalam website masing masing, contohnya:
– Countdown timer – berapa lama lagi promosi ni tamat
– Stock number – merah jika tinggal sikit
– Fast Selling product – produk yang paling laju dibeli
– Kod kupon – baki kod kupon yang ada

Cumanya, pada masa ini, anda perlu tutup pada tarikh yang anda telah rancang. Sistem ini akan auto tutup dari ambil order selepas tamat promosi. Audiens besar tak sesuai manual ke whatsapp ya. Bawak terus beli di website. Ia lebih memudahkan kerena semua aktiviti jualan berlaku secara automatik.
Tahu tahu apps Ecommerce (Woocommerce) anda keluar notification, tingg tingg tingg sales masuk. Dan ada certain user yang buat pembayaran direct transfer, and kena approve manual

3.Post Promotions

Aktiviti promosi dah ditutup dah. Tutup semua offer yang ada, harga kembali pada harga biasa. Apa nak buat jika mereka yang terlambat pada masa ini? Jawapan nya tak boleh buat apa dah. Bila ditutup promosi ni, pastikan absolutely tutup. Cuma, suruh mereka mendaftar waiting-list next promotion. Kot kot ada.
Daftar jerr, nanti if next promotion, kita blast pada existing promotion ni. Cuma pastikan next promotion tak sama dengan promotion sekarang ni ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.