Bina Web Jualan (SalePage)

Bina Web Jualan (SalePage)

Buat web-jualan sebenarnya sama macam buat ayat iklan. Cuma web-jualan ni kita masukkan sekali info produk yang tersusun. Kebiasaan salepage ini hanya dibuat dalam 1 halaman sahaja. Dan fokus ialah untuk dapatkan jualan dari pembaca. Dibawah ialah flow bina sale page:

Screenshot 3

1. Pengenalan

Apa masalah yang pelanggan selalu hadapi, apa pelanggan yang mahukan.. Apa penyelesaian yang kita boleh bantu. Beserta ayat penguat. Ayat penguat ni mcm penyelesaian pada masalah tadi yang unik.

2. Masalah

Senaraikan masalah yang mungkin pelanggan hadapi. Dari satu produk tadi, kita boleh pecahkan kepada beberapa masalah. Dalam sales page kita boleh tambah gambar ataupun icon beserta sub tajuk masalah, dan penerangan ringkas.

3. Fakta

Masa ni boleh bagi keputusan yang bersifat nombor dan angka, yang boleh menyokong point masalah tadi. Kalau macam Fakta, boleh masukkan statistik sikit.. dan menyokong & menjawab pada masalah tadi. Boleh nyatakan sumbernya daripada mana. Boleh masukkan gambar infografik.

4. Testimoni

Pengalaman pengguna yang telah guna produk kita. Dalam sales page biasanya ada gambar pengguna, dan apa feedback mereka. samada dalam bentuk video mahupun gambar.

5. Produk

Perkenalkan produk anda. Ada gambar produk, nama produk. dan penyelesaian yang boleh bantu kepada pelanggan anda.

6. Ciri-ciri Produk

Ciri-ciri produk. Masa ni boleh la, cerita penyelesaian kepada masalah tadi berdasarkan ciri ciri yang produk kita ada. Sama macam part masalah tadi. Kena buat dalam bentuk point. Boleh masukkan gambar mahupun icon dalam sales page tadi. Pastikan ciri-ciri yang unik ya. Ciri yang berbeza menentukan produk kita ada kelebihan tersendirinya daripada produk pesaing.

7. Sasaran Pengguna

Siapa yang sesuai dapatkan produk ni, kepada golongan yang macam mana, ataupun situasi yang mcm mana sehinggakan produk ini diperlukan. Senaraikan dalam bentuk point, ini boleh buatkan pembaca lebih faham dengan apa yang dia nak. Ibarat ‘sharp-shooter’. Kita dah target awal kepada siapa. Yang baca, akan terasa dia lah yang tepat dengan masalah dihadapi.

8. Tambahan

Jika produk berbentuk pakej, ataupun ada tambahan tambahan lain. Boleh masukkan. Cuma lebih jelas, jika bergambar. Setiap apa yang pelanggan dapat, dihimputkan dalam 1 gambar atau poster.

9. Harga

Mesti kenalkan dulu harga asal. Harga diluar sana. Kemudian kita bagi harga promosi (jika ada). Sebab orang suka tawar menawar kan? Dalam sale page ni kita dah siapkan dah, harga tawaran.

10. Butang CTA

Sediakan butang cta atau belian. Samada melalui butang ke whatsapp, atau ke halaman pembayaran.

Sales page ni pasang pixel Facebook ya, dimana ia boleh track setiap traffik masuk. Selepas trafik masuk. Sebahagian yang berjaya buat pembelian tu. Kita boleh ‘exclude’ daripada lihat ‘repetitive’ iklan conversion. Boleh lihat contoh sale page dibawah sebagai inspirasi:
https://lernify.com/chatbot-and-automation/
https://lernify.com/mudahnya-edit-video/
https://lernify.com/grafix-monsta/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.