3 Perkara Bisnes Owner Jangan Buat!

3 Perkara Bisnes Owner Jangan Buat!

Jika anda pemilik bisnes, anda perlu tahu 3 perkara yang jangan dibuat jika ingin bisnes tahan lama dan tak menyusahkan anda sendiri dimana hadapan.

1.Tak Buka Akaun Bank Khas

Tak buka akaun semasa (current acc) menyebabkan, duit bisnes bercampur aduk dengan duit pribadi dalam bank. Bila bercampur semakin mudah kita nak menggunakan duit bisnes untuk tujuan pribadi. Hujung bulan tak nampak untung, kejap lagi dah tak boleh rolling modal bisnes dah.
Memang tak tahu mana satu transaksi bisnes, mana satu transaksi pribadi, disebabkan bercampur aduk. Susah nak kira, bila bila lagi nak rekod transaksi keluar masuk, resit, invois, semua bercampur dengan perbelanjaan pribadi.

2.Guna Duit Bisnes Untuk Pribadi

Antara paling banyak bisnes tak boleh bertahan lama. Antara tujuan pribadi adalah, duit digunakan untuk rolling modal, telah digunakan untuk beli kereta mewah contohnya. Akhirnya bila stok habis, nak rolling tak cukup duit, dan komitmen sedia ada dah tinggi. Kita bisnes ni tak sentiasa diatas, jadi bila tengah jualan tinggi ni, banyakkan simpan dalam tabung kecemasan, bukan menambah liabliti.

3.Tak Bayar Cukai

Jangan bangga dengan sales banyak, tapi tak bayar cukai. LHDN ada pegawai penyiasat dia sendiri, yang tahu butiran, maklumat bank, transaksi A-Z dari awal setup bisnes. Kalau tak bayar cukai, akan datang, surat sampai rumah. Diminta untuk bayar cukai bagi transaksi bertahun tahun yang lepas. Masa tu pulak resit, semua dah tak simpan.
Bagai jatuh di timpa tangga, anda kena saman dan kena bayar cukai-cukai dahulu yang anda tak pernah declare berkali ganda & bakal diheret ke mahkamah kalau tak bayar

Penyelesaian

  1. Buka SSM & Wajib ada current account, akaun bank khas untuk perniagaan
  2. Jangan guna duit bisnes untuk kegunaan pribadi, lebih baik set gaji sendiri, dimana kita akan dapat slip gaji, dan kita limit guna ikut gaji bulanan yang kita dah setkan shj.
  3. Bayar cukai, submit ke akauntan dan mereka siap kirakan, tolong submitkan sekali ke LHDN, kerja kita dah tak pening.. Kita cuma bayar cukai atas keuntungan shj. Itu pun ada banyak pengurangan & pengecualian.
  4. Bayar zakat, disamping menunaikan tanggungjawab dalam bisnes, kita dapat pengurangan cukai dari pembayaran zakat ini. Sebaiknya bayar zakat bulanan dari keuntungan bisnes kita.
  5. Wajib rekod tiap perbelanjaan, simpan segala resit resit perbelanjaan, invois bulanan, dan asingkan tiap bulan, untuk mudahkan akauntan kira. Buat satu file khas untuk perbelanjaan, dan file invois jualan. Displin rekod, photostate susunan resit dalam satu A4 sebelum resit berterabur dan hilang dakwat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.